Klinik

Keselamatan rider

Klinik, farmasi dan bantuan kecemasan.

Untuk ride sekitar Terengganu, lokasi bantuan kesihatan dan kecemasan sama penting dengan port makan. Page ini disediakan untuk kumpulkan klinik, hospital, farmasi, balai polis dan lokasi bantuan yang rider boleh rujuk sebelum bergerak.

Lokasi bantuan yang berguna

Klinik & hospital

Untuk kecederaan kecil, pemeriksaan segera atau lokasi rujukan jika berlaku insiden semasa ride.

Farmasi

Tempat cari ubat asas, plaster, antiseptik, minyak angin, oral rehydration salts dan keperluan emergency kit.

Balai & bantuan awam

Balai polis, bomba, petrol station dan kawasan awam yang sesuai untuk berhenti jika perlukan bantuan.

Emergency kit ringkas

  • Plaster, gauze, antiseptik dan ubat luka kecil.
  • Panadol atau ubat peribadi yang sesuai.
  • ORS/garam rehidrasi dan air minum.
  • Powerbank, kabel charging dan nombor emergency.
  • Raincoat dan plastik kalis air untuk phone/dokumen.

Sebelum masuk route jauh

Share live location dengan orang dipercayai, simpan nombor kecemasan, dan tandakan klinik atau hospital terdekat di sepanjang laluan. Jika ride berkumpulan, pastikan sekurang-kurangnya seorang tahu lokasi hentian bantuan.

Scroll to Top