Tempat menarik Terengganu
Checkpoint santai untuk rider Pantai Timur.
Senarai tempat menarik yang sesuai untuk singgah semasa ride: pantai, air terjun, tasik, viewpoint, heritage spot dan port bergambar. Fokus awal sukaride.my ialah lokasi Terengganu yang mudah dicapai dan sesuai untuk solo ride atau group kecil.
Jenis lokasi yang sesuai
Pantai & muara
Port santai untuk foto, rehat, air kelapa dan route petang. Check kawasan parking dan keadaan angin sebelum berhenti lama.
Air terjun & tasik
Sesuai untuk trip hujung minggu, tapi perlu semak jalan masuk, cuaca dan keselamatan parkir motor.
Heritage & bandar
Kampung Cina, masjid, drawbridge dan kawasan bandar yang sesuai jadi checkpoint pendek antara port makan.
Apa yang rider perlu tahu?
- Parking motor: luas, sempit atau perlu jalan kaki.
- Waktu sesuai: pagi, petang, sunset atau elak musim hujan.
- Kemudahan: tandas, surau, petrol station dan kedai makan berdekatan.
- Keselamatan: jalan masuk, kawasan gelap, haiwan liar atau laluan licin.
- Kesesuaian: solo ride, group ride, family atau photography stop.
Lokasi awal untuk dikembangkan
Kuala Terengganu
Drawbridge, Kampung Cina, Pasar Payang, Masjid Kristal dan port muara.
Marang & Dungun
Pantai, jeti, port makan dan laluan santai untuk ride separuh hari.
Setiu & Besut
View alam, kampung nelayan, laluan pantai dan stop sebelum ke Kelantan.